fbpx

AS GALLERIA HAPPY HOUR

|
00
Hours
|
00
Minutes
|
00
Seconds
HAS END

Tips Penjagaan Tudung Bawal Exclusive

Boleh gigit jari kalau tudung yang dibeli dengan harga yang mahal rosak begitu saja kan?

Nak tahu tips penjagaan yang betul agar tudung bawal anda tetap maintain seperti baru?

Berikut merupakan panduan lengkap cara penjagaan tudung Bawal Exclusive yang kami sediakan khas untuk anda semua!

Bawal.com.my (1)

1. CARA MENCUCI

Ini ramai yang terlepas pandang. Untuk memastikan tudung yang dibeli sentiasa dalam keadaan baik, tersangat penting untuk kita tahu cara mencucinya dengan betul.

a) Cucian tangan

Popsugar.com.au (2)

Kalau nak tudung anda tahan lebih lama, anda juga perlulah rajin menjaganya dengan baik.

Cara terbaik untuk pastikan tudung kekal warna dan kualitinya adalah dengan kaedah  cucian tangan sahaja.

Walaupun nampak remeh, ini adalah cara yang terbaik untuk penjagaan tudung kita.

b) Jangan sental berlebihan

Handy.com(3)

Jangan sesekali menyental dengan terlalu kuat, terutama design yang sarat dengan

Swarovski.

c)Pengasingan 

Asouthernbucket.com (4)

Waktu mencuci, asingkan daripada kain yang lain. Sekiranya perlu, pilih kain yang tidak mudah luntur warnanya supaya tidak terkena pakaian lain. Tapi sebolehnya, cuba elakkan dari mencampur dengan pakaian lain.

2. PEMILIHAN SABUN

a) Sabun ketul

Sabun ketul adalah pilihan yang terbaik untuk membasuh tudung bawal ini. Sifat Alkali pada sabun akan membantu menanggalkan kotoran dengan lebih mudah dan cepat.

b) Pelembut pakaian 

Menstrualcup.nz (5)

Tudung TIDAK PERLU direndam menggunakan pelembut pakaian kerana fabrik bawal semulajadinya sudah sedia lembut.

3. KAEDAH MENJEMUR

a) Kawasan menjemur

Nina kopfer/ unsplash (6)

Pilih kawasan menyidai tudung yang bebas dari cahaya matahari terik untuk mengelak tudung cepat lusuh.

Indoor Drying adalah lebih baik.

4. PENYIMPANAN

asgalleria.com (7)

Tudung sudah eksklusif, jadi tempat penyimpanan juga mestilah istimewa.

Tempat khas untuk menyimpan tudung seperti rak atau almari mestilah mempunyai ciri pengudaraan yang baik.

5. PEMAKAIAN

a) Cara menggosok

Pexels.com (8)

Waktu menggosok tudung, gunakan suhu yang sesuai.

Steam Iron adalah pilihan terbaik, untuk menjaga keadaan tudung kerana tidak terlalu panas.

Namun, Dry Iron pun masih boleh digunakan.

b) Jenis pin

Asgalleria.com  (9)

 Gunakan pin yang tajam untuk mengelak benang tertarik.

Kalau dah benang tertarik sana sini, rosaklah fabrik tu nanti.

c) Perfume

Allure.com (10)

ELAKKAN semburan Perfume secara terus ke arah tudung.

Tips ini penting untuk mengekalkan kilauan Crystal Swarovski.

d) Semak kondisi tudung secara berkala

Intertek.com (11)

Amalkan menggayakan tudung yang ada secara berkala, supaya kita tahu kondisi semasa tudung.

e) Cuci dengan segera

Pixabay.com (12)

Tudung yang terkena tumpahan makanan ataupun kotoran mesti segera dibersihkan.

Item penting seperti Wet Tissue perlulah sentiasa tersedia untuk  menanggalkan kotoran dengan lebih cepat.

Jangan lupa, disetiap pembelian tudung BAWAL EXCLUSIVE, kami sudah sertakan  Guide To Laundry di  tagging kami.

Semoga Bermanfaat❤

Rujukan

1.http://bawal.com.my/

2.https://www.popsugar.com.au/fashion/How-Wash-Silk-Tips-From-Laundress-New-York-City-34717189

3.https://www.handy.com/blog/community/how-to-hand-wash-clothes

4.https://www.asouthernbucket.com/products/towels-canvas-storage-bin

5.https://www.menstrualcup.nz/product/modibodi-sensual-heavy/

6.https://unsplash.com/photos/g9Pxklr0Ze4

7.https://asgalleria.my/

8.https://www.pexels.com/photo/iron-small-appliances-home-appliances-59980/

9.https://asgalleria.my/

10.https://www.allure.com/story/side-effects-perfume-allergy

11.http://www.intertek.com.hk/textiles-apparel/fabric-touch-total-quality-assurance-solution/

12.https://pixabay.com/photos/soap-horsetail-salt-blossom-bloom-2333412/

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Hi Gorgeous!
Login / Register

[search_form_shortcode]