fbpx

AS GALLERIA HAPPY HOUR

|
00
Hours
|
00
Minutes
|
00
Seconds
HAS END

Cara Melipat Tudung Bawal Mengikut Bentuk Muka

Setiap orang memiliki bentuk wajah yang berbeza. Ada yang wajahnya berbentuk bulat berpipi tembam, ada juga wajahnya agak tirus, ada pula yang berbentuk hati serta petak.

Untuk menghasilkan tudung kelihatan nampak cantik sesuai dengan bentuk muka, anda harus mengenali bentuk wajah anda terlebih dahulu.

Sebaik sahaja anda tahu apa bentuk wajah anda, anda akan mengetahui ciri-ciri apa yang perlu diperbetulkan. 

Berikut adalah 4 bentuk wajah untuk anda kenali mengikut bentuk muka anda.

1. Wajah Segitiga (Triangle Shape)

  • Memiliki dagu yang panjang dan wajah yang tirus (kecil)
  1. Memakai scarf sedikit terkeluar daripada tudung untuk menutupi bahagian dahi. 
  2. Boleh membuat lipatan di atas bahagian tulang pipi dan menonjolkan bahagian rahang

*Pastikan awning tudung biar nampak sedikit tajam untuk mengelakkan dahi nampak luas dan elakkan memakai awning yang terlalu bulat.

2. Wajah Bulat (Round Shape)

  • Memiliki tulang pipi yang terlindung dan pipi yang berisi.
  1. Ikat rambut sehingga menampakkan kesan yang lebih tinggi.
  2. Memakai scarf di hujung anak rambut.
  3. Memakai awning sedikit tajam untuk menghilangkan bentuk bulat
  4. Membuat lipatan di bahagian bawah tulang pipi sehingga menututupi bahagian pipi hingga ke dagu  untuk kelihatan lebih tirus.

*Pastikan menggunakan pengikat rambut jika memiliki rambut yang panjang dan tidak membuat lipatan atas tulang pipi serta awning tidak melekap di dahi.

3. Wajah Segi Empat (Square Shape)

  • Memiliki rahang yang lebar dan menyerlah serta ukuran dahi, tulang pipi dan rahang hampir sama.
  1. Memakai scarf sehingga menutupi sedikit bahagian dahi
  2. Membuat lipatan “round shape” sehingga menutupi bahagian rahang @ membuat style turban sehingga menutupi kedua belah bahagian dahi kiri dan kanan dengan membuat pucuk di tengah-tengah dahi.

*Pastikan membuat lipatan di atas pipi sehingga mentutpi bahagian rahang untuk mencipta ilusi bentuk muka panjang atau membuat lipatan bulat diseluruh muka.

4. Wajah Bujur (Oval Shape)

  • Memiliki dagu yang agak runcing dan bahagian dahi jelas lebih lebar berbanding pipi dan dagu.
  1. Memakai scarf sehingga menutupi bahagian dahi
  2. Menggunakan pengikat rambut yang tidak terlalu tinggi.
  3. Membuat lipatan di atas tulang pipi mahupun di bawah tulang pipi.

*Pastikan tidak menutupi bahagian pipi supaya muka tidak nampak terlalu panjang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Hi Gorgeous!
Login / Register

[search_form_shortcode]