fbpx

AS GALLERIA HAPPY HOUR

|
00
Hours
|
00
Minutes
|
00
Seconds
HAS END

5 Tips Hijabista Berkaca Mata Memperagakan Tudung Bawal Agar Kelihatan Rapi

Tips Hijabista Berkaca Mata Apabila Memperagakan Tudung Bawal Agar Kelihatan Rapi

Kaca mata sangat mempengaruhi apabila menggayakan tudung terutama sekali untuk hijabista yang suka bertudung bawal.

Kalau pergi ke mana-mana, tudung bawal lah sentiasa menjadi idaman hati kerana paling senang untuk di padankan ke mana sahaja walaupun untuk aktiviti yang santai.

Kebanyakan hijabista berkaca mata takut penampilan mereka kelihatan tidak menawan sekaligus mengurangkan keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

Sebenarnya kacamata boleh buat penampilan anda tampak lebih manis, stailo jika Cikpuan dapat menggayakan dengan cara yang betul.

Begitu juga untuk wanita yang sememangnya sudah berkaca mata sejak lama semestinya mahukan tips untuk memperagakan tudung bawal agar kelihatan rapi dan tidak kembang.

Jom ikuti 5 tips untuk hijabista berkaca mata apabila memperagakan tudung bawal agar kelihatan rapi.

1. Tips Memilih Kaca Mata

Tips Hijabista Berkaca Mata Apabila Memperagakan Tudung Bawal Agar Kelihatan Rapi

Sebelum memilih kaca mata, kenali bentuk wajah Cikpuan terlebih dahulu.

Sebaiknya, pilih bingkai kacamata yang bertentangan dengan bentuk wajah.

Contohnya, jika Cikpuan memiliki bentuk bulat, bingkai berbentuk petak lebih sesuai dengan Cikpuan.

Sekiranya Cikpuan berwajah petak, pilih bingkai berbentuk bulat.

Nanti senang apabila Cikpuan ke Pusat Optometri, Cikpuan sudah pun dapat mengenali bentuk wajah cikpuan sesuai dengan padanan bingkai kaca mata.

Pastikan Cikpuan memakai tudung bawal juga apabila ke Pusat Optimetri.

Jadi, apabila Cikpuan mencuba cermin mata, pastikan bahagian tepi tudung bawal Cikpuan tidak nampak kembang dengan cermin mata yang dipilih.

Tudung pun akan jadi cantik terbentuk.

2. Pemakaian Tudung Yang Betul

Tips Hijabista Berkaca Mata Apabila Memperagakan Tudung Bawal Agar Kelihatan Rapi

Elakkan memakai tudung bawal dengan gaya yang ketat mengikut bentuk wajah.

Gaya ini akan menyebabkan tudung Cikpuan kembang bila mengenakan kaca mata.

Longgarkan tudung agar dapat diberi laluan pada kaca mata tu.

Tips ni juga boleh menampakan efek kurus pada muka Cikpuan sebenarnya.

Jangan memakai tudung terlalu kedepan. Tarik sahaja sehingga hingga ngam2 dengan bentuk muka.

3. Pemilihan Warna Tudung

Tips Hijabista Berkaca Mata Apabila Memperagakan Tudung Bawal Agar Kelihatan Rapi

Jika Cikpuan terlanjur membeli kaca mata yang bingkai yang tebal, pakai tudung yang simple dan warna yang tidak terlalu terang.

Ini akan menampakkan Cikpuan akan kelihatan berlebihan.

Kacamata dengan frame yang tebal lebih sesuai dengan tudung yang mempunyai satu warna sahaja.

Banyak pilihan warna tudung yang sesuai di As Galleria untuk Cikpuan pilih.

Macam kak As pakai ni, tudung yang mempunyai satu warna memang sesuai untuk bingkai kaca mata yang mewah dan bergaya.

Cikpuan akan kelihatan lebih anggun dan eksklusif !

Bagi yang berkaca mata yang biasa digunakan, Cikpuan sangat beruntung kerana sesuai dengan apa sahaja warna tudung. dan tetap tampil eksklusif.

4. Pemilihan Anak Tudung

Elakkan menggunakan anak tudung yang terlalu tebal dan ketat.

Ini kerana akan memberi ketidakselesaan kepada kaki kaca mata apabila bersentuhan dengan kulit.

Juga akan menyebabkan Cikpuan rasa pening, telinga terasa sakit kerana ia menekan bahagian dalam jika inner tudung terlalu ketat.

Lebih lebih lagi apabila Cikpuan menggunakan motor seharian, akan terasa lagi sakit dan membebankan.

5. Pin

Tips Hijabista Berkaca Mata Apabila Memperagakan Tudung Bawal Agar Kelihatan Rapi

Jika cikpuan mengenakan pin semasa berkaca mata dan berbawal, pastikan guna pin yang tajam bagi memberi keselesaan terhadap kaca mata.

Jika anda menggayakan tudung bawal yang memerlukan pin di bahagian tepi telinga, pastikan pin di atas batang kaca mata.

Hindari menggunakan pin di bahagian tepi kanan dan kiri kerana akan mengganggu keselesaan terhadap Cikpuan sehingga membuatkan Cikpuan kelihatan tidak rapi.

Jika Cikpuan mahu kesan yang kemas, seeloknya pin diatas bingkai kaca mata ataupun di bawah bingkai kaca mata di bahagain rahang muka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Hi Gorgeous!
Login / Register

[search_form_shortcode]