fbpx

AS GALLERIA HAPPY HOUR

|
00
Hours
|
00
Minutes
|
00
Seconds
HAS END

11 Tudung Bawal TERHOT di Malaysia

Tudung bawal sering menjadi pilihan golongan wanita di Malaysia kerana ianya senang digayakan dan mudah dibentuk.

Mencari tudung bawal yang sesuai memang memeningkan kepala terutama jika ada majlis-majlis yang memerlukan kita untuk berpenampilan menarik. 

Tudung bawal sangat sesuai untuk anda yang mahu tampil  dengan imej yang simple tetapi masih kelihatan eksklusif dan elegan.

Jangan risau, di sini ingin kami kongsikan 11 jenis tudung bawal daripada koleksi Bawal Eksklusif yang sering menjadi pilihan para wanita.

Dengan koleksi tudung Bawal Eksklusif, anda tidak akan ketinggalan untuk bergaya dan menjadi tumpuan.

1. BAWAL TABUR 60

Bawal Tabur 60 sering menjadi pilihan bagi gadis yang gemar untuk beraktiviti lasak tetapi masih mahu kelihatan anggun dan bergaya.

Harganya sangat mampu milik!

Dan ianya juga menjadi kegilaan ramai kerana mempunyai design yang simple dan cantik.

Bawal tabur 60 didatangkan dengan 32 pilihan warna yang menarik.

Bawal ini dinamakan sebagai bawal tabur 60 kerana ianya mempunyai 60 butiran manik berkilauan yang bertaburan di bahagian belakang tudung.

Ianya juga senang dibentuk dan dapat memberi keselesaan yang luar biasa kepada si pemakai.

2. BAWAL TABUR SS16

Bawal tabur SS16 didatangkan secara khas dengan kilauan Swarovski memukau bersaiz Ss16.

Kilauan Swarovski-nya besar sedikit berbanding berbanding bawal tabur 60.

“Kenapa tudung ini masih dapat tumpuan?”

Kombinasi warna tudung rekaan yang sesuai dengan pilihan Swarovski yang disusun menjadi salah satu faktor tudung ini sentiasa mendapat permintaan ramai sejak dilancarkan.

Untuk pilihan warna yang ada, anda boleh terus layari laman web kami di Asgalleria.com

3. BAWAL DELIMA

Bagi anda yang mahukan kelainan dan keunikan tersendiri, kami tampilkan koleksi Bawal Delima.

Koleksi ini sangat cantik dan cukup unik. Dihiasi dengan 13 kuntum corak bunga berasaskan batu permata Swarovski yang berkualiti tinggi yang diimport dari Jerman.

Tudung Bawal Delima ini pasti akan dapat meningkatkan penampilan anda yang sudah sedia anggun.

4. BAWAL KRISTAL

Bawal Kristal dihiasi khas dengan kilauan kristal Swarovski Putih bersaiz SS10 & SS16 pada keliling tudung. Turut menjadi salah satu tudung kegilaan pelanggan.

Koleksi ini amat laris terjual. Jadi, untuk memiliki tudung pilihan anda, dapatkannya segera hari ini.

Apa beza Bawal Kristal dan Bawal Tabur 60?”

Untuk koleksi bawal kristal, kristal disusun pada keliling tepi tudung, manakala untuk bawal tabur 60, kristalnya disusun secara bertaburan.

5. MAHKOTA POLKADOT

HOT SELLING!

Design Mahkota Polkadot ini adalah tudung bawal laku keras di As Galleria. Stok sampai, pasti licin.

Apa yang menarik pada pada koleksi Mahkota Polkadot ini ialah ia mempunyai corak susunan kristal Swarovski berwarna-warni persis mahkota di atas kepala.

Mahkota Polkadot ini akan membuatkan si pemakai berasa seperti seorang ratu.

Koleksi ini juga dilengkapi dengan  manik-manik kecil pada bahagian bawah yang menyerlahkan lagi keayuan pemakainya.

6.MAHKOTA TITISAN EMBUN

Jika Mahkota Polkadot sudah membuat anda tidak senang duduk,sila tahan nafas anda dan cuba bertenang.

Ada satu  lagi koleksi yang dapat memberikan kesan yang sama, iaitu Mahkota Titisan Embun.

Corak mahkota yang disusun secara eksklusif menggunakan batu kristal Swarovski AB dan Kristal Berwarna pasti dapat menyerlahkan penampilan anda di majlis istimewa.

Koleksi ini didatangkan dengan 35 pilihan warna menarik yang boleh anda pilih di website kami di Asgalleria.com.

7. MAHKOTA VERONA 1 LINE

Mahkota Verona 1 Line pula sangat sesuai untuk anda yang masih ingin mempunyai persona bak seorang ratu tetapi tidak mahu berlebihan dan ingin tampil dengan imej yang lebih santai.

Dengan harga yang sangat berpatutan, anda akan mendapatkan kualiti fabrik voile no.1 yang diimport khas dari Jepun beserta corak mahkota dengan taburan kristal Swarovski yang sangat bermutu tinggi.

Cepat dapatkannya hari ini sementara stok masih ada.

8.BAWAL PEPATUNG 4+ SS16

Apa pendapat anda tentang bawal pepatung di atas? 

Sangat menarik dan comel, bukan?

Bawal ini memberikan rasa eksklusif tersendiri pada penampilan anda tanpa perlu bersusah payah.

Kecantikan design ini terserlah dengan corak pepatung yang dihasilkan secara istimewa menggunakan batu Kristal Swarovski AB dan Kristal Swarovski Berwarna.

Anda akan merasakan kepuasan yang tersendiri apabila mengenakan tudung Bawal Pepatung ini.

Bagi anda yang mungkin tertanya-tanya apakah keistimewaan koleksi bawal pepatung ini, anda mungkin sudah dapat meneka jawapannya berdasarkan nama yang diberi.

Ia didatangkan secara khas dengan koleksi butiran batu kristal besar bersaiz Ss16 yang ternyata sangat mempesonakan.

Anda juga boleh menempah secara khas jika ingin menambah bilangan pepatung yang terdapat di tudung ini.

Sangat menarik bukan?

9. BAWAL GEMERSIK 1 KUNTUM

Untuk kilauan yang lebih memukau, kami bawakan kepada anda secara eksklusif Koleksi Bawal Gemersik Sekuntum.

Bawal Gemersik Sekuntum mempunyai design yang sangat unik kerana mempunyai tambahan warna pada batu kristal yang lebih menarik.

Orang di sekeliling anda pasti tercengang tatkala anda menggayakan koleksi ini kerana terpukau dek kecantikan anda yang memakainya.

Kain bawal Gemersik Sekuntum diperbuat daripada kain yang sangat berkualiti tinggi dan mudah dibentuk. Ditambah lagi dengan perincian berlian Swarovski yang disusun dengan penuh teliti dan cermat, tentunya akan menambahkan keanggunan anda!

10. BAWAL ZUYYIN 1 KUNTUM

Memiliki design yang unik dan tersendiri, Koleksi Bawal Zuyyin pasti tidak akan menghampakan anda.

Dilengkapi dengan kemasan batu kristal Swarovski bersaiz SS20  yang tersusun rapi di bahagian belakang tudung, Koleksi Bawal Zuyyin pasti dapat memikat hati  sesiapa sahaja.

Rekabentuknya yang elegant sangat sesuai untuk anda yang ingin berpenampilan kemas.

Coraknya juga mempunyai penceritaan tersendiri dan mencerminkan imej korporat.

Sangat sesuai untuk anda yang ingin menghadiri majlis formal ataupun temuduga kerja.

Penampilan yang kemas dan cantik pasti akan dapat meningkatkan mood dan tahap keyakinan anda. Secara tidak langsung, ianya dapat membantu anda mendapatkan kerjaya yang diingini.

Anda juga boleh membuat tempahan untuk design yang menarik ini dalam pelbagai warna mengikut citarasa yang anda kehendaki.

11. BAWAL POLKADOT V

Ini adalah koleksi ratu-ratu di As Galleria. Lain daripada yang lain. Sangat cantik dan tentunya sangat anggun. Memperkenalkan tudung bawal Polkadot V.

“Apa yang istimewanya Polkadot V?”

Tudung bawal ini dihasikan daripada kombinasi 2 design termelotop di Bawal Eksklusif. Apa 2 design tu?

Kristal Swarovski Polkadot V ini terang berkilau dan berwarna-warni. Ianya disusun rapi membentuk huruf V pada kedudukan bucu tudung. Tudung ini pastinya akan menyerlahkan keanggunan dan keayuaan si pemakai.

“Jadi apa pendapat anda tentang koleksi tudung yang dipersembahkan ini?”

Tentunya sangat memikat bukan?

Haa, jadi yang mana satu menjadi idaman kalbu?

Cepat buat pilihan anda sebelum tudung idaman anda kehabisan stok.

Tentu haru biru jadinya nanti.

Untuk pilihan warna yang lebih menarik anda boleh terus ke sini.

Yang menariknya Koleksi Bawal Eksklusif ini menawarkan FREE POSTAGE ke seluruh Malaysia.  

Bagi anda yang ingin melihat sendiri koleksi tudung eksklusif  yang ditawarkan, anda boleh berkunjung terus ke cawangan butik AS Galleria yang terletak di  Lembah Sireh dan Tanah Merah, Kelantan.

Anda juga boleh membuat tempahan khas mengikut citarasa anda.

Jom dapatkan koleksi tudung bawal eksklusif idaman anda hari ini! Hanya di AS Galleria.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Hi Gorgeous!
Login / Register

[search_form_shortcode]