fbpx

AS GALLERIA HAPPY HOUR

|
00
Hours
|
00
Minutes
|
00
Seconds
HAS END

9 Sebab Tudung BAWAL EXCLUSIVE Menjadi Pilihan Wanita Cantik

Tak kiralah sepesat mana perkembangan fesyen tudung, tudung bawal tetap sentiasa menjadi pujaan ramai wanita cantik. 

Mungkin ramai tertanya-tanya.

“Apa yang membuatkan tudung bawal sering menjadi pilihan para wanita?”

Jom ketahui 7 sebab wanita cantik suka pakai tudung Bawal Exclusive:

1. Selesa dipakai

Tidak dinafikan lagi, tudung bawal sangatlah selesa.  

Nak makan buka mulut besar-besar pon tak apa. 

Nak bersukan apatah lagi.

Sangat sesuai untuk wanita zaman kini yang sentiasa bergiat aktif.

tudung bawal exclusive

Nak buat apa-apa aktiviti lasak pun tak mengganggu.

Bak kata YB Nurul Izzah, kain tudung bawal ni mampu menyerap peluh dengan baik.

Boleh pakai sepanjang hari dan tak perlu risau dengan kesan peluh.

“Ada apa dengan kain tudung Bawal Exclusive ni?”

2. Kain berkualiti

Fabrik tudung Bawal Exclusive  sangat berkualiti tinggi. 

Jenama Bawal Exclusive menggunakan fabrik voile yang diimport khas dari Jepun.

Fabriknya sejuk, ringan dan selesa.

Sangat lembut dan cantik.

Khas untuk wanita-wanita yang sama juga cantik seperti Cik Puan semua.

Didatangkan dengan pilihan warna-warna yang pelbagai.

Tentunya memenuhi selera Cik Puan semua.

Tambah menarik dengan lengkapan butiran permata Swarovski.

Tentunya memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihat.

“Apa yang istimewanya tentang batu Swarovski ni?”

3. Permata Swarovski

Permata Swarovski ni sangat terkenal dengan kilauannya yang luar biasa cantik.

Potongan kristal Swarovski ini mempunyai kadar kejernihan serta pantulan kilauan yang menyerupai berlian asli.  

Bucu facet juga akan timbul dan tajam -tidak tumpul atau lari seperti facet pada kristal tiruan.

cheer.gkelite.com (3)

Permata Swarovski yang berkualiti  tinggi ini didatangkan khas dari Austria.

Kilauannya memukau dari jauh. Sangat mempesonakan

Kain sudahlah berkualiti tinggi, dilengkapi pula dengan batu permata Swarovski berkualiti tinggi.

Tak hairanlah kalau namanya Bawal Exclusive.

Apa yang menarik tentang kristal Swarovski yang didatangkan dengan koleksi Bawal Exclusive ini adalah kristalnya yang senang ditampal balik.

Berbanding hiasan pada tudung biasa.

Kalau dah tercabut, sudah tak cantik dan tak boleh dibaiki lagi.

Kristal Swarovski pada tudung koleksi Bawal Exclusive terdapat dalam pelbagai jenis, termasuk Kristal Swarovski AB dan juga Kristal Berwarna.

Di AS Galleria, kami menawarkan khidmat menampal kristal secara percuma. Kristal Swarovski pada tudung koleksi Bawal Exclusive terdapat dalam pelbagai jenis, termasuk Kristal Swarovski AB dan juga Kristal Berwarna.

Memang Exclusive kan tudung bawal ni?

Fabriknya sudahlah cantik, dilengkapi pula dengan permatanya Swarovski yang memberi kilauan yang sangat mempesonakan.

“Tentu harganya sangat mahal bukan?”

4. Harga berpatutan

Jika anda fikir tudung Bawal Exclusive ni sangat mahal dan mustahil untuk dimiliki.

Anda silap besar!

Ketahuilah bahawa anda dapat memiliki tudung yang sangat eksklusif ini dengan harga yang sangat berbaloi-baloi.

Bawal Exclusive menawarkan pilihan tudung serendah RM 57.

Via Instagram asgalleria.by.bawalexclusive

Seperti yang dapat anda lihat, walaupun dengan harga yang paling rendah, anda masih mampu menyerlah.

Harganya sangat berpatutan dengan kilauan kristal yang kemas bersais SS16 dan fabrik voile Jepun yang luar biasa kualitinya.

Sangat mampu milik.

Designnya cantik dan simple.

Sesuai untuk anda yang baru mula nak berjinak-jinak mencuba Bawal Exclusive.

Anda tentu takkan menyesal.

Mungkin anda akan terus beli banyak-banyak pula nanti.

Tergoda dengan kualitinya yang sememangnya luar biasa.

5. Mudah digayakan

Tudung bawal juga sering menjadi pillihan kerana ianya senang digayakan.

Tak perlu pin sana sini.

Nak bersiap pun cepat.

Jika kenakan gaya yang mudah pun, dah cukup cantik.

Tambahan manik pada tudung koleksi Bawal Exclusive tentu sahaja menambahkan seri penampilan anda walaupun anda mengenakan gaya yang santai.

“Siapa kata pakai tudung bawal tak boleh melaram?”

Walaupun dengan mengenakan tudung bawal, anda masih boleh kelihatan jelita dan kelihatan bergaya.

Tak percaya?

Lihatlah tutorial di bawah yang didatangkan khas untuk pencinta bawal di luar sana.

Jadi lepas ni dah tiada masalah kalau tak tahu nak kenakan gaya yang sesuai.

Sangat mudah dan cepat.

Tak sampai 5 minit you already  good to go!

Dah siap-siap untuk pergi rumah terbuka hari raya nanti.

6.Beri Pesona anggun dan jelita Bak Ratu

Via instagram  mimie_madihah

Cantik sungguh  gaya di atas kan? Perasan tak wanita yang menggayakan tudung bawal sentiasa kelihatan anggun sepanjang masa.

Sekali tengok, persis sang ratu. Gaya klasik yang sangat elegan dan menambat hati.

Tak salah kalau katakan wanita yang mengenakan tudung bawal kelihatan lebih anggun dan jelita.

Setuju tak?

7. Nampak muda

Jangan tak tahu pula, pakai tudung bawal boleh membuatkan anda kelihatan lebih muda!

Tak tipu!

Nampak manis je.

Macam gadis belasan tahun.

Tak percaya?

Via Instagram asgalleria.by.bawalexclusive

Lihat saja Kak As, founder AS GALLERIA kita ni.

Sentiasa kelihatan muda remaja.

Rahsianya?

Tentulah Bawal Exclusive. 

Tudung bawal ni sesuai untuk semua peringkat umur dan boleh digayakan oleh sesiapa sahaja tak kira golongan tua atau muda.

Fesyen tudung bawal yang “evergreen” juga menjadikan ianya pilihan setiap wanita cantik di luar sana.

8. Kelihatan Lebih Sederhana

Via instagram  mimie_madihah

Wanita Melayu terkenal dengan sosok penampilan wanita yang ayu dan sopan.

Kelembutan Gadis Melayu dapat diserlahkan dengan pemakaian tudung bawal. Terutama daripada rangkaian Bawal Eksklusif.

Tudung dari rangkaian Bawal Exclusive ini dapat menyerlahkan penampilan si pemakai.

Ianya cantik tapi langsung tidak kelihatan keterlaluan atau menjolok mata.

Bak kata omputih tak perlu try hard untuk nampak cantik.

Mungkin kerana itu ada lelaki berpendapat tudung bawal membuatkan wanita nampak lebih menarik.

9 Jenama yang Nyata EKSKLUSIF!

Via https://asgalleria.my

Bila sebut jenama Bawal Exclusive, siapa yang tidak kenal.

Rata-rata pelanggan yang datang bertandang memilih untuk menjadikan tudung bawal sebagai tudung pilihan.

Tak lain dan tak bukan mestilah kerana jenamanya yang sangat eksklusif

Ianya semestinya meningkatkan keyakinan si pemakai.

Pelanggan kami yakin dengan kualiti yang ditawarkan oleh Bawal Exclusive, tanpa was-was.

Apa yang eksklusif sangat tentang Bawal Exclusive ni?

A) Design eksklusif 

Ramai orang berpendapat bahawa sesetengah tudung bawal yang dikeluarkan sangat mahal harganya.

Tudung termahal pernah dikeluarkan oleh rangkaian Bawal Exclusive di Kelantan, iaitu AS Galleria.

Harganya mencecah ribuan ringgit.

“Tudung apa tu sampai berpuluh-puluh ribu”

Ha… jangan tak tahu.

Apabila sesuatu itu eksklusif, ia adalah milik  anda sahaja.

Ianya dihasilkan hanya sehelai untuk setiap rekaan.

Pihak Bawal Exclusive tidak mengurang rekaan yang sudah dikeluarkan.

Jadi nilai eksklusif yang dimiliki pelanggan akan kekal sampai bila-bila.

Anda boleh menempah design yang anda mahu di butik AS Galleria di Lembah Sireh.

Design yang paling TOP TOP MELETOP! di AS Galleria adalah design nama macam gambar di bawah.

Via Instagram asgalleria.by.bawalexclusive

Cantik kan? Sangat eksklusif dan ada sentuhan peribadi giteww.

Dapatkan sekarang di AS Galleria.

b) Kilauan Swarovski yang bergemerlapan

Kilauan batu permata Swarovski sangat memikat.Dari jauh lip lap lip lap ia memancarkan cahaya kilauan permatanya dengan gah.

Hebat kilauan permatanya, sampai boleh silau mata!

c) Kekemasan 

Kekemasan tentunya menjadi keutamaan dalam pembuatan tudung Bawal Exclusive ni.

Proses meletakkan batu gemstone Swarovski pada tudung adalah seni yang sangat eksklusif.

Batu kristal ini diletakkan satu persatu dengan penuh teliti.

Itulah yang menjadikan nilainya sangat eksklusif.

d) Fabrik bermutu tinggi

Seperti yang telah dinyatakan, kainnya diimport dari khas dari Jepun.

Dipotong satu persatu.

bukan kerat secara puka ya!

Ia ada sentuhan kasih sayang tersendiri.

Nama tudung bawal itu sendiri sebenarnya didapati daripada fabrik bawal ini.

Ianya berasal dari perkataan inggeris iaitu Voile.

Merujuk kepada nama jenis fabrik yang digunakan.

Selepas tudung itu dibawa masuk ke pasaran Kelantan, mereka menyebut nama Voile kepada “Bak Woll satu” yang bermaksud tudung voile satu

Di Kelantan, sebutan “bak voile” kedengaran seperti bawal.

Hasilnya, terciptalah gelaran tudung bawal yang melekat di bibir pengguna

sehingga ke hari ini.

Sekarang dah tahu kan rahsia kenapa tudung Bawal Exclusive sering menjadi pilihan wanita cantik?

Tunggu apa lagi?

Jom dapatkan koleksi Bawal Exclusive di AS Galleria sekarang!

Cepat dapatkan sebelum disambar orang.

Menangis tak berlagu nanti jadinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Hi Gorgeous!
Login / Register

[search_form_shortcode]